Hidup seperti pohon yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan.Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah.Tidak ada erti hidup yang bercampur dengan putus harap dan tidak ada erti putus harap dalam takungan hidup.Kehidupan ini akan ada dua kesudahan , sama ada berjaya mendapat apa yang d’idamkan @ tidak.
Hidup umpama setitis embun.Tibanya sebentar saja,kemudian hilang.Muncul lagi dan hilang.Kehidupan adalah satu giliran,antara senyum dan ratap.Air mata ibarat garam kehidupan.Lupakan segala duka yang berlaku dan bangunlah untuk hidup barudan jangan lagi menghampiri daerah kelukaan yang mungkin menyebabkan jatuh kembali.
Hidup umpama pergantian hujan dan panas,suka dan duka,senang dan susah,ada dan tiada,sayang dan benci,bangun dan jatuh.Semua itu hanyalah corak kehidupan.Islam ada mengatakan bahawa perjalanan dalam hidup ini,bagaimana sekalipun,baik maksud dan tujuannya tetapi jika ALLAH tidak mengizinkan maka tidak mungkin ia akan berlaku.Kun fa ya kun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan