Selasa, 15 Mac 2011

EPILOG SEORANG WANITA...


Untukmu wanita,kejadian jasad dan kehalusan atymu,
Dijadikan TUHAN penuh istimewa dan penuh rahsia,
Ketabahanmu seorg ibu,ketaatanmu seorg isteri,
Keayuanmu seorg puteri,meletakkanmu di tahhta teratas,
bukan sahaja menjadi menyeri malah menjadi pelengkap kpd kesempurnaan insani,
imbaulah kembali kisah srikandi dan mujahidah terbilang sesuci perjuangan mashitah ,
berdepan dgn raja zalim ,imannya tidak goyah,setulus hati khadijah,namanya disebut Rasulullah,wlupun ia telah pergi…
seindah akhlak fatimah az-zahra,puteri Rasulullah yang sgt berjasa,ayuh bersama kita susuri kisah srikandi buat telata diri,benar kata pujangga ,tangan yang menghayun buaian bisa menggegar pelusuk dunia….suaramu halus mendayu sambil mengasuh lebih mersik dari genderang perang,
walaupun ibu seorg disebalik tabir y sering dilepas pandang….namun mahligai syurga itulah tempatmu ibu…kau ibarat kuntum penyeri sang suria pagi,kudupnya mekar meniti hari,,mewangi bak haruman syurgawi…usah biarkan wajah ayumu dipalit luka,lentera iman tatkala leka…taqwamu menjadi benteng diri,angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi…..

“sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan apabila tidak diberi dia bersabar,yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya…”hadis
-NUR YAYASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan